Tuesday, January 12, 2010

Pergilah Air Mata 8

bab8

"PUAN SABRINA!"
Sabrina menoleh.
Memandang wajah kelat
Jamilah. "Ada apa, Kak Milah?"
"Datuk suruh masuk. Sejuk kat luar ni."
Sabrina tersenyum kecil. "Saya nak ambil angin
kejap. Kejap lagi saya masuklah."
"Masuk ajelah, puan. Nanti saya kena marah
pulak."
"Tak payahlah panggil saya puan. Panggil Ina
cukup."
"Puankan isteri majikan saya. Mana boleh panggil
macam tu."
Sabrina tersenyum lagi. Dia sedar kata-kata Jamilah
penuh dengan nada sinis. Memang Jamilah tidak pernah suka
padanya sejak dari hari pertama dia melangkah masuk ke
rumah ini. Tetapi, dia tidak boleh salahkan Jamilah. "Dah
lama Kak Milah kerja kat sini?"

"Kenapa pula puan nak tahu?"
"Saja saya nak tanya. Sebab Kak Milah nampak
macam sayang sangat pada keluarga ni. Mesti Kak Milah dah
lama kerja dengan Datuk Hamidi, kan?"
"Lamalah juga."
"Berapa lama?"
"Lamalah juga... hampir lima tahun."
"Oh… lama juga tu."
Jamilah diam. Berdiri sambil memandang Sabrina
yang tenang di buaian besi di halaman banglo.
"Encik Badrul tu, memang garang ke Kak Milah?"
Jamilah tersenyum sinis. "Takkan puan tak tahu
perangai Encik Badrul tu?"
"Manalah saya tahu. Bukan saya kenal dia pun."
"Kalau tak kenal, macam mana puan boleh ada
dalam bilik dia? Sampai kena tangkap basah? Sampai terpaksa
kahwin?"
Sabrina tersenyum kelat. "Sampai Kak Milah pun
bukan main marah lagi dengan saya, kan?"
Jamilah perlahan-lahan menggaru kepalanya. Dia
terkena dengan soalan Sabrina.
Sabrina tersenyum lebar. "Saya faham perasaan Kak
Milah. Mestilah Kak Milah geram pada orang yang nak
malukan keluarga Datuk Hamidi."
Jamilah tersenyum kecil. Entah kenapa makin dia
cuba mencari kekurangan Sabrina, makin hilang kekurangan
itu. Sikap Sabrina nampak cukup berbeza dengan persepsi
yang dilemparkan oleh seluruh keluarga itu. "Puan tak marah
pada saya ke?"
"Janganlah panggil saya macam tu. Panggil aja Ina.
Lagipun, gelaran tu tak layak untuk saya."
"Mana boleh macam tu."
"Saya bukan sesiapa kat sini, Kak Milah. Saya
tercampak ke sini. Tempat yang tak pernah saya tahu pun
sebelum ni."
"Maksud puan?"
Sabrina tersenyum lesu. "Lupakanlah… buat apa
nak bercakap tentang perkara yang dah lepas. Betul tak?"
"Errr…."
"Bukan boleh ubah apa yang dah berlaku pun."
"Kak Milah!!!"
Jamilah tidak jadi buka mulut. Segera dia berpaling
ke arah suara yang memanggil namanya.
"Kak Milah panggil dia masuk, ke Kak Milah duduk
bersembang dengan dia?"
"Hah? Errr…."
Bicara Jamilah tergantung di situ. Tiada jawapan
untuk soalan Badrul.
"Lama abah tunggu kat dalam. Tahu tak?"
"Kak Milah minta maaf."
"Dah. Kak Milah pergi masuk."
Laju Jamilah mengangguk sambil berlalu.
Sabrina sekadar memandang. Kadang-kadang baran
Badrul tidak bertempat. Atau baran lelaki itu cuma datang
apabila berdepan dengannya?
"Abah nak jumpa. Ada hal nak cakap katanya."
"Hal? Hal apa?" Sabrina merisik tanya. Pelik
mendengar kata-kata Badrul. Apa lagi yang bapa mertuanya
itu mahu bincangkan?
"Mana aku tahu. Katanya dia ada suruh kau bincang
dengan aku. Apa dia? Kau tak ada cakap apa-apa pun kat aku.
Sengaja nak tengok aku nampak bodoh depan abah, ya?"
Dahi Sabrina berkerut seribu. Hal apa pula yang
Datuk Hamidi maksudkan ni? "Saya tak tahu. Apa yang abah
cakap dengan awak?"
"Apa keputusan kamu? Dah bincang dengan
Sabrina?" Badrul bersuara sinis sambil mengajuk percakapan
bapanya.
Sabrina terkebil-kebil memandang wajah Badrul.
Benar-benar dia tidak tahu perkara apa yang Datuk Hamidi
maksudkan.
"Takkan nak buat muka cicak tertelan kapur aje.
Apa dia? Cakaplah kat aku apa halnya."
Sabrina menggeleng perlahan. Gagal menebak apa
yang Datuk Hamidi maksudkan.
Badrul mengeluh sambil menggosok belakang
tengkuknya. "Tak nak masuk ke? Ke kau nak tidur kat sini?"
"Awak masuklah dulu. Saya nak ambil angin kat
sini kejap."
"Jangan lama-lama."
Sabrina mengangguk perlahan. Dia memandang
wajah Badrul dengan sedikit rasa hairan. Layanan Badrul
padanya malam ini agak berlainan. Agak baik. Itu yang
menjadi tanda tanya. Menimbulkan seribu satu persoalan.
"What?" Badrul bersuara. Barangkali menyedari
renungan Sabrina yang aneh.
Sabrina tersentak. Laju kepalanya menggeleng.

"Kat sini lagi? Patutlah abah tunggu tak munculmuncul."
Mendengar suara itu, Sabrina dan Badrul samasama
menoleh.
Datuk Hamidi tercegat di muka pintu utama.
Badrul melangkah malas ke arah bapanya.
Melihat Datuk Hamidi sudah pun santai di kerusi
besi di luar rumah, Sabrina angkat punggung dari buaian.
Pasti ada sesuatu yang penting, yang ingin diperkatakan oleh
lelaki itu. Sebelum dia ditengking oleh Badrul, lebih baik dia
segera mengekori langkah lelaki itu.
"Duduk dulu."
Bagai budak yang patuh, Badrul dan Sabrina samasama
melabuhkan punggung di hadapan Datuk Hamidi.
"So, macam mana? Ina dah bincang dengan
Badrul?"
Sabrina menggaru kepala yang tidak gatal. Bincang?
Bincang apa?
"Bincang apa, abah?" soal Sabrina termangumangu.
Datuk Hamidi mengeluh perlahan sambil
menggeleng. "Patutlah Bad pun macam blur aje tadi."
Badrul cuma bersandar di kerusi tanpa sebarang
reaksi. Senyum tidak, serius pun tidak. Cuma matanya agak
kerap memandang telefon bimbit di tangan.
"Pasal rancangan abah hari tu."
"Rancangan apa pula abah?" Badrul pula menyoal.
"Honeymoon kamu berdualah."
"Hah?" Agak kuat soalan itu meniti di bibir Badrul.

Sabrina terkebil-kebil. Baru dia teringat akan
cadangan bapa mertuanya itu. Sedikit pun dia tidak ambil
serius akan cadangan yang tidak masuk dek akal itu.
"Ya. Yang kamu ni terkejut sangat, kenapa?"
Badrul mengeluh panjang. Merepek betul orang tua
ni, bisiknya dalam hati.
"Kamu cakap kat mana destinasinya. Abah support
semua. As a wedding gift from me."
"Tak payahlah! Saya sibuk sekarang ni." Badrul
bersuara sambil lewa.
Sabrina diam. Jawapan itu sudah dijangka. Dia
sendiri pun tidak berminat untuk ke mana-mana bersama
Badrul.
"Ambillah cuti. Banyak pula alasannya. Kamu
kahwin dah dekat sebulan. Pergilah berehat berdua. Cari
keserasian!"
"Tak penting semua tu, abah!"
"Betul cakap Bad tu, abah."
Datuk Hamidi angkat punggung. Memandang
seketika wajah anak dan menantunya.
"Fikir dulu. Esok beritahu jawapannya. Kalau tak
ada jawapan, abah akan tentukan sendiri. And you, Badrul.
You must take leave. Jangan banyak alasan!"
"Abah! Saya dah besarlah abah. Janganlah atur
hidup saya macam ni. Saya bukan budak kecil lagi."
"Besar ke… kecil ke… kamu anak abah. So, kena
patuh cakap abah."
Badrul membuang pandang. Geram dengan sikap
bapanya.

"Tak ada alasan!" Sempat Datuk Hamidi mengulangi
kata-katanya sebelum melangkah ke arah pintu utama.
"Abah!"
Datuk Hamidi berpaling ke arah Badrul.
"So, abah memang nak kami pergi honeymoon la?"
Datuk Hamidi kerutkan kening. "Kamu tak faham
bahasa Melayu ke?"
Badrul menggaru kepala sambil tersenyum kelat.
"Pangkor!" tukasnya spontan.
"Apa?" soal Datuk Hamidi sambil memandang
wajah Badrul. Dia tidak faham maksud kata-kata anak
tunggalnya itu.
"Saya nak ke Pangkor. Tempat penginapannya, esok
saya beritahu. But, saya nak pergi as soon as possible. Lusa?"
Datuk Hamidi menggosok dagu seketika.
Sabrina pula terkedu. Bulat matanya memandang
wajah Badrul. Memang tindakan dan fikiran lelaki ini terlalu
sukar untuk dijangka.
"Tadi bukan main menolak. Sekarang dah tak sabarsabar
pulak?"
"Kalau tak boleh lusa, saya tak nak pergi!"
"Hai… kata dah besar. Takkan pasal kena delay
sikit, dah nak merajuk?"
"Saya seriuslah abah!"
"Suka hati kamulah. Esok pagi-pagi inform abah.
Betul ke nak ke Pangkor ni? Tak nak ke tempat lain ke?
Oversea ke?"
"Pangkor. Saya nak ke Pangkor. And, terima kasih,
abah!"

"Untuk apa pula?"
"For that wedding gift."
Datuk Hamidi mendengus perlahan.
"Dah malam. Pergi masuk tidur!" arah Datuk
Hamidi.
Badrul tersenyum sambil mengangguk.
Sabrina pula terus setia menjadi pemerhati. Dia
tidak berani mencelah. Cuma, kepalanya ligat berfikir tentang
keputusan Badrul. Cukup aneh keputusan yang baru Badrul
ambil. Hatinya memberontak mahu bertanya apa yang
mengubah pendirian Badrul. Namun, apabila teringatkan
kata-kata Badrul yang selalu sinis dan pedas, lidahnya
menjadi kelu.
Badrul mengeluh panjang sebaik sahaja Datuk
Hamidi hilang dari pandangan. Matanya dilalihkan ke wajah
Sabrina yang jelas kelihatan terpinga-pinga. Untuk seketika,
dia bersandar di kerusi. Ingin menanti soalan dari bibir gadis
itu. Dia tahu, pasti Sabrina terkejut. Selebihnya pasti gadis
itu kehairanan. Agak lama menunggu, Sabrina tetap tidak
bersuara. Mengundang rasa geram pula di hatinya.
"Anything to say?" soalnya sambil tajam meratah
wajah di hadapannya itu.
Sabrina menggeleng perlahan.
Badrul menarik nafas panjang. "Tak rasa pelik ke?"
Sabrina angkat muka. Memandang wajah Badrul
yang masih merenungnya. "Pasti awak ada sebab tersendiri,
kan? Saya rasa, saya tak ada hak untuk bertanya. So, terserah
pada awaklah…."
Lembut jawapan Sabrina bagai membakar rasa
marah Badrul. Dia tidak tahu mengapa dia harus marah.

Kerana Sabrina tidak mahu melawan cakapnya? Atau kerana
Sabrina terlalu tenang berdepan dengannya. Itulah yang dia
perasan. Sejak akhir-akhir ini, Sabrina lebih tenang
menghadapi marahnya. Menghadapi kata-kata sinisnya.
Membuatkan pertelingkahan yang baru ingin dicetuskan,
berkubur begitu saja. Terasa seperti orang bodoh pula dia
kerana marah-marah pada Sabrina. Padahal gadis itu tenang
menghadapinya. Tiada cabaran. Tiada keseronokan. Sudahnya
dia yang angkat punggung. "Tak nak masuk?"
Sabrina menggeleng.
Badrul memandang jam pada telefon bimbitnya.
"Dah dekat pukul dua belas. Masuklah. Malam-malam macam
ni, kat kawasan ni banyak hantu. Tu… rumah kosong kat
depan tu… malam-malam macam ni, macam-macam bunyi
boleh dengar."
Sabrina menelan liur. Matanya terarah pada banglo
besar yang tersergam di hadapan banglo milik Datuk Hamidi.
Memang nampak suram dan gelap. Dan yang paling penting,
banglo itu kosong dan menakutkan. Membuat bulu romanya
tiba-tiba meremang. Sabrina mengalihkan pandangan ke arah
Badrul.
Badrul mengangkat kening. Puas hati dapat melihat
wajah pucat Sabrina. Tidak dapat membuat gadis itu marah,
dapat menakutkannya pun sudah cukuplah! Perlahan-lahan
dia melangkah meninggalkan Sabrina sambil menyembunyikan
senyuman. "Oh, ya… nanti kalau ada apa-apa yang datang kat
pagar and…"
Sabrina menjerit tiba-tiba. Terus dia angkat
punggung dan berlari masuk ke dalam, meninggalkan Badrul
yang terpinga-pinga kerana terkejut melihat Sabrina yang
berlari laju melintasinya.

Melihat reaksi spontan gadis itu, Badrul tergelak
kuat sambil menyambung langkah ke ruang tamu. Untuk
seketika, dia mengamati Sabrina yang tercegat ketakutan.
"Kau ni, kenapa?"
Laju dia menggeleng.
"Aku cakap, kalau ada sesiapa yang datang dalam
keadaan mencurigakan, jangan hirau. Terus masuk. Manalah
tahu kalau-kalau perompak ke… pencuri ke… pembunuh
ke…."
Sabrina merenung tajam wajah selamba Badrul.
Geram. "Tak ada hantulah?"
Badrul tergelak lagi. Tidak disangka yang gadis ini
takutkan hantu. "Bodoh. Mana ada hantu? Kau percaya hantu
ke? Kalau ada hantu pun, hantu mesti respect kat orang jahat
macam kau ni. Dia orang tak akan kacau kau punya!"
Sabrina membuang pandang. Laju dia melangkah
meniti anak tangga. Tidak mahu sendirian di ruang tamu
yang besar itu.
"Nak ke mana tu?"
"Tidur," jawab Sabrina pendek.
Badrul tersenyum sambil menggeleng perlahan. Dia
mengatur langkah mengekori Sabrina. "Biasanya kau tunggu
aku tidur dulu, kan?"
"Malam ni saya mengantuk sangat."
"Mengantuk ke takut hantu?"
Sabrina diam. Malas menjawab. Dia tahu Badrul
sengaja ingin menyakiti hatinya. Sengaja ingin membuat dia
marah.
"Tak sangka zaman sekarang, ada lagi orang
percayakan hantu."

Sabrina membuka pintu bilik. Membiarkan Badrul
terus berceloteh sendirian tentang kobodohannya. Cukup
ceria wajah itu apabila dapat mengutuknya. Sudahnya, dia
hanya menggigit bibir menahan geram. Dia cuba pekakkan
telinga sambil tangannya menarik bantal dan selimut,
kemudian melangkah ke sofa panjang. Tempat beradunya.
"Good night!" ujar Sabrina. Sengaja mahu
membakar amarah Badrul. Dia tahu Badrul menahan rasa
setiap kali marahnya tidak bersambut. Bicara sinis daripada
lelaki itu sudah tidak berbekas di hatinya.
Badrul menjeling ke arah Sabrina yang sudah siap
berselimut. Sudah tidak tahu di mana kaki, di mana kepala.
Satu badan ditutup dengan comforter.
"Hantu punya perempuan!" Perlahan-lahan dia
merungut sambil merebahkan badan ke katil. Lampu meja
dipadamkan.

No comments:

Post a Comment