Tuesday, January 12, 2010

Pergilah Air Mata 5

bab5

SUAPANNYA terhenti. Sudu dan
garpu diletakkan di pinggan.
Matanya lebih terarah pada
Badrul. Pada menungan Badrul. Badrul lebih banyak
termenung sejak akhir-akhir ini. Dia sedar akan perubahan
itu. Teramat sedar. Namun, berat mulutnya untuk bertanya.
Biarlah lelaki itu sendiri yang bercerita. Tetapi setelah
hampir sebulan, tiada juga cerita yang keluar dari mulut
Badrul, sedang hatinya sudah dilanda pelbagai persoalan.
Sudah dihimpit segunung rasa ingin tahu. Ingin tahu
punca perubahan Badrul. Lelaki itu seperti sudah hilang
keceriaannya.
"Bad…."
Sepi.
"Bad…." Sekali lagi dia bersuara sambil menyentuh
jari-jemari Badrul.
Badrul tersentak.
Dayana tersenyum.
"Melamun…" ujarnya perlahan.

Badrul tersenyum kecil. "Sorry."
"It’s okay. Kenapa ni? You ada masalah ke?
Bergaduh dengan abah you lagi ya?"
Badrul menggeleng perlahan. "Nothinglah. Eh…
kenapa tak makan, tadi cakap lapar?"
"Tadi memanglah lapar. Tapi, bila tengok you asyik
mengelamun, tiba-tiba I jadi kenyang pula."
Badrul tersenyum mendengar Dayana bercanda.
"Kenapa ni? Dah dekat sebulan I tengok you macam
ni. Kenapa? Kalau ada masalah, ceritalah kat I. Mana tahu I
boleh tolong."
Badrul diam. Matanya memandang wajah Dayana.
Rasa bersalah pada gadis itu, bagai tidak dapat dibuang. Dia
ingin berterus terang, tetapi dia takut memikirkan penerimaan
Dayana. Dia takut Dayana nekad meninggalkannya. Sedangkan
dia tidak mahu kehilangan gadis itu. Dia takut Dayana akan
membencinya, sedangkan cintanya melangit pada gadis itu.
"Bad, I tanya ni, jawab la. Jangan pandang I macam
tu…." Dayana bersuara sambil tersenyum segan. Malu ditatap
lama dek Badrul.
"You know… I takut kehilangan you!" Badrul
bersuara tiba-tiba.
Dayana tergelak halus. Sedikit hairan dengan
pengakuan Badrul. Selebihnya, dia lebih terkejut dengan
pengakuan itu. Tiba-tiba Badrul berbicara seromantis itu.
Padahal, dia tahu benar sifat Badrul. Badrul bukanlah seorang
lelaki yang romantik. Yang suka bercakap soal hati dan
perasaan. Yang suka bercakap tentang sayang dan rindu.
Perlahan-lahan Dayana membawa jari-jemarinya ke
pipi Badrul.

"Are you okay?" soal Dayana bersama sisa gelaknya.
Pantas Badrul mencapai jari-jemari yang lembut itu
lalu menggenggam erat.
Tawa Dayana mati tiba-tiba. Reaksi serius Badrul
bagai memberi isyarat yang lelaki itu tidak merayu sekadar
untuk menceriakan suasana. Tidak merayu sekadar untuk
mempamerkan rasa sayang dan cinta.
"I’m serious!"
Dayana bungkam. Tanpa bicara, matanya tidak
berkelip memandang wajah resah Badrul. "I know... you tak
pernah macam ni. Of course I know you serious. Cuma, I
pelik. What happened? Kenapa tiba-tiba you cakap macam ni?
I’m here for you, sayang. Forever! You takkan kehilangan I.
Jangan bimbang…."
Badrul tersenyum kelat. Benarkah Dayana akan
berada di sisinya buat selama-lamanya? Sukarnya untuk dia
percaya kata-kata itu. Mustahil Dayana dapat terima berita
buruk yang menimpanya ini dengan cukup positif. Mustahil!
"Bad… kenapa ni? Takkan pasal I refuse untuk
kahwin dengan you cepat-cepat, you jadi macam ni. Kalau
pasal tu... I’m sorry, okay? One day, kita pasti akan kahwin. I
pun memang nak kita kahwin. Cuma bukan sekarang. Banyak
benda yang belum I capai sekarang. Masih banyak benda yang
I nak kejar. You cakap you faham. Tapi, kenapa jadi macam ni
pulak?" Dayana bersuara dalam nada hairan.
"No! Bukan pasal tu."
"Dah tu? Pasal apa? Kenapa stress sangat ni? Muka
pun tak ceria aja. Janganlah berahsia dengan I."
Badrul menarik nafas panjang. Wajah mulus Dayana
dipandang sekali lagi. Dia perlu berterus terang dengan gadis
ini. Semakin lama perkara ini menjadi rahsia, semakin
bermasalah hubungan mereka.
"Walau apa pun yang berlaku, you janji akan tetap
bersama I? You tak akan tinggalkan I?"
"Bad… kenapa ni? Jangan buat I tertanya-tanya
macam ni. Apa yang you cuba nak beritahu I? What is really
going on?"
"You tahukan, I ke Cherating hari tu?"
"Yup! You cakap you nak jumpa kawan lama, kan?
Kenapa pula?"
Badrul kelu lagi. Mengeluh panjang sambil
membuang pandang. Membuat Dayana semakin resah.
"Kita kahwin sekarang?" Tiba-tiba terpacul katakata
itu dari bibir Badrul.
"Bad! Kenapa tiba-tiba tukar topik ni? Cepat
cerita… apa sebenarnya yang dah berlaku di Cherating?"
"I nak kita kahwin sekarang!"
"But, why? Sebelum ni you kata you boleh
tunggu…."
"Yana… I nak kita kahwin. I nak you tahu, I benarbenar
serius dengan you. And, I langsung tak ada niat nak
permainkan you."
"I tahu… I tahu you serius. I juga tahu you tak
pernah mempermainkan I. Jangan risau, okey. I takkan raguragu
pada you. I yakin dengan cinta you pada I...."
"Walau apa sekalipun yang berlaku pada I, you
boleh percaya tak yang semua tu bukan kehendak I?"
Dayana mengeluh panjang. Kata-kata Badrul yang
berjela-jela dan berselirat, benar-benar membuat dia hilang
sabar untuk terus menunggu. Tajam matanya merenung
wajah Badrul. Menebak apa sebenarnya yang bersarang di
hati lelaki itu.
"Apa ni? I tak fahamlah. Please… jangan buat I
tertanya-tanya macam ni."
Badrul diam.
Melihat kebisuan itu, Dayana semakin diburu
keliru.
"Tell me!" gesa Dayana kali ini kurang sabar.
"I love you…."
"Apa yang sebenarnya you rahsiakan daripada I?"
gesa Dayana lagi.
"Promise me. You takkan salahkan I. You akan
percaya pada I dan you takkan tinggalkan I."
Dayana sudah tidak betah lagi. Pinggan nasi
ayamnya sudah ditolak jauh. Seleranya mati. Saat ini, dia
lebih gusar dengan bicara yang ingin Badrul luahkan. Rahsia
apa yang Badrul simpan sehingga mendambakan pengertian
yang sebegitu tinggi daripadanya?
"Please, Bad. You pun tahu I tak pernah suka kalau
you berdolak-dalih. Just straight to the point."
Badrul tunduk seketika. Mencari kekuatan untuk
bersuara. Perkara ini tidak boleh lagi menjadi rahsia. Dia
perlu berani berterus terang. "Semasa I di Cherating, I
kena…"
"Kena apa? Please, Bad… jangan buat I tertunggutunggu
macam ni. Berterus terang, okey!"
"I ditangkap basah!"
Dayana tergamam. Bulat matanya memandang
wajah Badrul. Patutlah lelaki ini berubah. Lemah segala
sendinya. Hancur luluh hatinya. Patutlah susah benar Badrul
ingin bersuara.
"How could you…." Hanya itu yang mampu dia
luahkan.
"Yana. Dengar dulu penjelasan I…."
"Sekarang baru nak jelaskan? Kenapa baru
sekarang?" Suara Dayana sudah bertukar nada. Benar-benar
dia berasa tertipu dengan Badrul. Hampir sebulan peristiwa
itu berlaku, baru sekarang Badrul ingin berterus terang.
"Please, Yana… jangan buat kesimpulan melulu.
You mesti dengar semuanya."
"Siapa perempuan tu?"
"I tak kenal."
"Pelacur? You langgan pelacur?"
"No! I bukan jenis macam tu. You pun tahu I bukan
macam tu!" Pantas Badrul menepis tuduhan melulu Dayana.
"Kalau you tak kenal, macam mana perempuan tu
boleh ada dalam bilik you? Or, you yang pergi ke bilik dia?"
Sinis soalan yang meniti di bibir Dayana. Hatinya bagai
dipanggang di atas bara. Panas! Dia tidak pernah menduga
Badrul akan melakukan perkara seburuk itu.
"Tiba-tiba dia muncul dalam bilik I. Sumpah I tak
kenal dia. Tak pernah jumpa dengan dia!"
Dayana diam. Tidak mahu menyampuk. Dia perlu
mencari kekuatan untuk berdepan dengan kenyataan yang
amat menyakitkan ini. Lelaki yang dia cintai sepenuh hati,
ditangkap berdua-duaan dengan perempuan lain. Terlalu
menyakitkan.
"So, dia datang dari langit, and muncul tiba-tiba
depan you. Itu maksud you? Dan, you nak I percaya dengan
kata-kata you tu? Sorry, Bad. I tak percaya langsung!"
"You have to trust me. I tak tipu. I tak kenal dia.
You mesti percaya pada I, Yana."
Dayana merengus perlahan. Melihat wajah sedih
Badrul, geramnya sedikit menghilang. "So, sekarang macam
mana?"
"I married that girl." Badrul bersuara perlahan.
"You what?" soalnya kuat.
Badrul tersentak.
Juga membuat beberapa pelanggan di dalam
restoran turut tersentak. Kemudian saling berpandangan
sesama sendiri.
"I hate you!" Keras nada bicara Dayana sambil
cepat-cepat berlalu meninggalkan Badrul.
"Yana! Wait!!!"
Gadis itu terus berlalu.
Badrul benar-benar menggelabah. Inilah yang tidak
ingin dia hadapi. Dia sudah jangka, pasti situasi akan menjadi
rumit. Cepat-cepat dia mengeluarkan sekeping not seratus.
Diletakkan di atas meja sebelum bergerak mengejar Dayana.
"Yana! Tunggu!!! Dengar dulu penjelasan I!"
Dayana terus melangkah laju. Namun tangan
Badrul yang memaut lengannya membuat langkahnya
terhenti.
Badrul bergerak menghalang langkah Dayana.
"Yana…."
Gadis itu angkat muka. Ada air mata yang
membasahi pipi gadis itu yang membuatkan Badrul terkedu.

Dayana bukanlah seorang gadis yang mudah kalah dengan air
mata. Tetapi hari ini, Dayana menangis.
"Sampai hati you…."
"Please don’t cry. Ini semua bukan seperti yang you
fikirkan, okey…."
Lembut suara Badrul berusaha menenangkan
Dayana. Melihat air mata Dayana, dia jadi tidak keruan. Tidak
sama rasanya dengan melihat air mata Sabrina. Air mata
Sabrina cuma mengundang rasa benci dan geram di hatinya.
"I terpaksa. Abah I paksa kami kahwin. You pun
faham kenapa, kan? Abah tak nak press tahu hal ni. Dia tak
nak hal ni dipanjangkan."
Dayana angkat muka. Dia menentang renungan
Badrul yang sayu. "So, you nak I buat apa sekarang? Wish
selamat pengantin baru pada you?"
"Jangan sindir I macam tu. I faham kalau you
marahkan I. Tapi, jangan sampai you tinggalkan I. I love
you."
"Dah tu, you nak buat apa sekarang?"
"Kita kahwin?"
"Senangnya! Macam mana dengan perempuan tu?"
"I tak nak tahu pasal dia. I cuma nak tahu pasal
kita. I tak nak sebab dia, hubungan kita terjejas."
Dayana menarik tangannya daripada genggaman
Badrul. Senang sungguh lelaki ini membuat keputusan.
"Masa you berdua-duaan dengan dia, tak terfikir
pula pasal hubungan kita?"
"Yana, sumpah! Bukan macam tu keadaannya. I
keluar dari bilik air, I tengok dia dah ada dalam bilik I. Tak
tahu dia datang dari mana. Semuanya terlalu pantas. Masa tu
juga, ada orang ketuk pintu. And… you know apa jadi lepas
tu. I betul-betul terperangkap."
"Siapa dia? Kenapa dia nak perangkap you?
Perempuan tu, ex-girlfriend you ke? Sampai nekad macam tu
sekali nakkan you?" soal Dayana bertubi-tubi. Dia ragu-ragu
dengan penjelasan Badrul itu.
"Percayalah cakap I. And… kita kahwin ya?"
"You nak I bermadu dengan perempuan tu? Sorry! I
tak nak berkongsi suami. I tak nak rampas suami orang!"
Badrul mengeluh panjang. "I takkan pandang dia. I
takkan sentuh dia. Isteri yang betul-betul I inginkan, adalah
you. Bukan perempuan tu,"
"Sudah! I tak nak dengar apa-apa lagi!"
"Yana!"
"Jangan ganggu I!"
Badrul mati akal. Dia cuma mampu membiarkan
Dayana melangkah pergi. Melihat reaksi Dayana itu, bencinya
pada Sabrina terasa semakin bertambah. Dalam diam,
marahnya bertukar menjadi dendam. Tidak kira apa niat
Sabrina padanya, dia akan pastikan Sabrina tidak akan dapat
apa yang dia inginkan. Juga, dia akan pastikan... air mata
akan terus menemani gadis itu!

No comments:

Post a Comment