Tuesday, January 12, 2010

Pergilah Air Mata 14

bab14

PERLAHAN-LAHAN pintu bilik
diketuk. Sunyi. Tangannya cuba
menolak daun pintu. Tidak
berkunci. Membuat darahnya terasa menyerbu ke muka.
Pantas dia melihat jam di pergelangan tangan. Sepuluh minit
lagi pukul tujuh pagi. Takkan seawal ini Sabrina membiarkan
pintu tidak berkunci? Atau mungkin Sabrina lupa mengunci
pintu malam tadi? Andaian itu membuat darahnya tiba-tiba
menyirap.
Segera Badrul menolak daun pintu. Ruang bilik
terang-benderang dengan semua lampu terpasang.
Nampaknya Sabrina lupa menutup suis, atau sengaja tidur di
dalam terang. Liar matanya mencari gadis itu. Laju kakinya
melangkah ke arah katil.
Badrul menggeleng perlahan tatkala melihat
selonggok selimut di atas katil. Dia tahu Sabrina yang
berselubung di bawah selimut itu. Perlahan-lahan dia
menyelak selimut yang menutup keseluruhan tubuh Sabrina.
“Masya-Allah! Ya Rabbi...."

Tersentap Badrul sambil mengurut dada. Terkejut
melihat Sabrina yang tidur dengan bertelekung putih. “Hey,
bangunlah…."
Perlahan-lahan dia menggoncang bahu Sabrina.
Diam.
“Bangunlah! Kenapa tak kunci pintu? Dah kuat
sangat nak lawan penyamun?" Badrul bersuara sedikit keras.
Bahu Sabrina juga digoncang agak kuat.
“Hmmm…."
Jawapan Sabrina membuat Badrul sedikit geram.
Pantas dia melabuhkan punggung di sebelah Sabrina.
“Bangun! Aku kata bangun!"
“Hmmm…." Hanya itu jawapan Sabrina sambil
berkalih tidur. Mata terpejam rapat di dalam telekungnya.
“Bangunlah! Aku nak cakap dengan kau ni."
Diam. Tidak berjawab. Dalam berang, Badrul
memandang sekeliling. Dia terpandang surah Yasin di tepi
bantal. Tidak tidurkah Sabrina malam tadi? Melihat pada
ketakutan Sabrina malam tadi, tidak mustahil gadis itu
menghabiskan malamnya dengan membaca surah Yasin.
“Pukul berapa kau tidur, hah? Sampai susah sangat
nak buka mata ni?" soal Badrul.
Diam.
Badrul mengeluh perlahan. Nampaknya dia
bercakap seorang diri.
“Bangunlah!" Badrul separuh menjerit di telinga
Sabrina.
Sabrina tersentak. Pantas dia bangkit daripada tidur
dengan muka mamai.

Badrul turut tersentak.
Perlahan-lahan Sabrina mengurut dada.
“Kau ni! Dah macam pocong bangkit dari kubur!
Yang tidur dengan telekung ni, kenapa? Bukalah!"
“Hmmm…."
Dengan mata terpejam, Sabrina membiarkan sahaja
Badrul menanggalkan telekung yang dipakainya. Kemudian
dia berbaring semula di katil.
“Tidur lagi?" Badrul mula merungut. “Bangunlah!
Bersiap! Kita keluar. Kan ke kau nak sangat keluar dari bilik
ni? Cepat bangun!"
“Hmmm…."
Badrul kerutkan kening. Sia-sia bercakap dengan
Sabrina saat ini. Gadis ini memang tidak sedar langsung, atau
saja-saja berlakon? Dia memandang jam di atas meja. Hampir
pukul tujuh suku. Masih awal. Sengaja dia bangun awal.
Selesai solat subuh, dia bergegas menjengah ke bilik Sabrina.
Ingin melihat keadaan gadis itu sebenarnya. Dia tinggalkan
Sabrina di dalam ketakutan malam tadi.
Melihat Sabrina yang terus lena, dia berbaring di
sebelah gadis itu. Menunggu kalau-kalau Sabrina terjaga. Siasia!
“Bangunlah!" gesanya sekali lagi sambil menongkat
kepala di bantal.
“Hmmm…."
“Hmmm… hmmm… bangun aku cakap. Aku cium
karang, baru tahu!"
“Hmmm…."
Aik! Ugut macam tu pun, masih hmmm… juga?

Badrul dekatkan mukanya ke telinga Sabrina. “Make love
with me…."
“Hmmm…."
Sah! Perempuan ini memang tidur mati. Mulut
sahaja memberi tindak balas, tetapi otak langsung tidak
berfungsi. Dan dia tersangat yakin, memang Sabrina tidak
tidur malam tadi. Barangkali gadis ini baru lena.
Badrul menggeleng. Pelik dengan sikap Sabrina.
Kadang-kadang dia melihat karektor gadis ini jauh berbeza
dengan karektor yang telah diproses oleh akal logiknya.
Kadang-kadang gadis ini nampak begitu naif. Namun, kalau
Sabrina senaif itu, apa yang gadis itu fikirkan sehingga
sanggup melangkah masuk ke bilik seorang lelaki yang
terlalu asing padanya? Apa yang gadis itu inginkan dengan
persetujuan untuk berkahwin dengannya setelah mereka
ditangkap dulu? Kalau betul semua ini bukan rancangannya,
Sabrina patut menolak saranan bapanya. Sabrina tidak perlu
mengahwininya. Tetapi, Sabrina tidak berkata apa-apa. Gadis
itu cuma mendiamkan diri. Seolah-olah perkahwinan itulah
sebenarnya yang dia inginkan. Seakan-akan ada agenda
tersembunyi di sebalik tindakan Sabrina. Agenda yang masih
belum diketahui hingga saat ini.
Lamunannya menjauh apabila tangan Sabrina tibatiba
jatuh ke perutnya. Membuat darahnya berderau seketika.
Membangkitkan kembali gelora di jiwanya. Pantas dia
memandang wajah itu. Terlalu lena tidur Sabrina. Tidak
sampai hati untuk dia terus mengejutkan gadis itu.
Badrul bergerak merapati tubuh Sabrina. Menarik
tangan gadis itu agar melingkari pinggangnya. Mengusap
lembut wajah Sabrina yang lena. Sesekali tidur di dalam
pelukan gadis ini, apa salahnya. Sabrina isterinya. Tidak salah
apa yang dia lakukan ini. Lagipun, hari masih terlalu pagi
untuk dia menjalankan sebarang aktiviti luar.
Perlahan-lahan Badrul menarik selimut sambil
memeluk tubuh Sabrina. Kedinginan pagi ditambah pula
dengan penyaman udara yang terpasang, membuat dia ingin
menyambung semula tidurnya. Dia lena di balik keharuman
rambut Sabrina.
“APA kau nak buat hari ni? Aku temankan kau."
Sabrina bungkam. Matanya menjeling tajam ke
arah Badrul yang sedang menikmati hidangan makan tengah
hari. Selamba sungguh reaksi lelaki ini.
“Saya nak rehat kat bilik…." Sabrina bersuara
perlahan.
Suapan Badrul terhenti. Matanya tajam memandang
wajah Sabrina yang menunduk. “Kenapa pulak?"
Sabrina diam. Tidak tahu apa alasan yang patut
diberi. Kenyataannya, dia tidak mahu terus berdepan dengan
Badrul. Rasa malu masih bersisa. Bagaimana dia boleh lena
di dalam pelukan erat lelaki itu? Bagaimana dia boleh tidak
sedar langsung?
“Kenapa tak kunci pintu?"
Tiba-tiba Badrul bersuara. Mengutarakan soalan
yang tidak Sabrina endahkan pagi tadi.
“Mana ada?"
“Mana ada apa? Kalau kau kunci, macam mana aku
boleh masuk?"
Sabrina diam seketika. Cuba mengingati semula
Pergilah Air Mata
164
sama ada dia kunci atau tidak pintu biliknya. “Saya lupa kut."
Akhirnya Sabrina menjawab perlahan.
“Lupa kut? Baguslah. Dibuatnya orang masuk,
dengan kau sekali dia orang angkut? Kalau kena rogol, siapa
yang nak tanggung?"
Tersedak Sabrina mendengar kata-kata itu. Tibatiba
terasa darah menyerbu ke muka. Ngeri betul andaian
Badrul!
“Berapa kali aku pesan, kunci pintu. Sebelum aku
keluar pun, aku dan pesan, kan? Ke kau rasa kau tu dah kuat
sangat nak melawan?"
Sabrina diam. Menadah telinga sahaja.
“Kenapa diam?"
“Betullah tu!"
“Apa yang betul? Kau tu dah kuat sangat? Kalau
kuat sangat, kenapa aku peluk pun kau tak sedar?"
Wajah Sabrina memerah. Tiba-tiba dia teringatkan
kehangatan pelukan Badrul pagi tadi. Cepat-cepat dia tunduk.
“Aku rasakan… kalau aku rogol kau pun, kau tak
akan sedar tadi." Tiba-tiba Badrul berbisik di telinganya.
Mata Sabrina membulat memandang Badrul.
Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang. “Kalau awak nak
marah, marah aje la. Saya dengar. Tapi, tolonglah jangan
merepek macam ni!"
Melihat wajah Sabrina yang benar-benar berubah,
Badrul tersenyum kecil.
“Saya nak balik bilik dululah!" Sabrina bersuara
sambil angkat punggung.
“Tak nak ajak aku sekali ke? Kalau nak, cakaplah
terus terang. Tak payahlah berkias-kias macam ni. Aku tak
kisah pun. Anytime aku boleh temankan," sakat Badrul
dengan muka serius.
“Eh, jangan nak perasan la!" Serta-merta Sabrina
duduk semula. Bimbang kalau-kalau benar Badrul
mengikutnya ke bilik.
“Pukul dua petang baru bangun, takkan dah
mengantuk lagi?"
Sabrina diam. Ini bukan masalah mengantuk. Tapi,
masalah mulut Badrul tu….
“Pukul berapa kau tidur malam tadi?"
Sabrina menggeleng.
“Apa geleng-geleng?"
“Lepas solat subuh, baru saya boleh tidur."
“Patutlah tidur macam orang mati!"
Sabrina diam. Dia pandang wajah Badrul. Dalam
diam, dia tertanya-tanya akan perubahan sikap lelaki itu
padanya. Badrul tidak lagi sekeras dulu. Sedikit bertolak
ansur dan peramah. Sudah ada topik perbualan antara dia
dan Badrul. Walaupun perbualan mereka lebih ke arah
pertelingkahan, sekurang-kurangnya ada sedikit komunikasi
di antara mereka berdua.
“Kenapa?"
“Hah?" soal Sabrina terpinga-pinga.
“Kenapa kau pandang aku?"
Sabrina menggeleng perlahan.
“Makanlah."
Sabrina memandang nasi goreng di hadapannya.
Tak ada selera langsung!
Pergilah Air Mata
166
“Bila kita nak balik?" soal Sabrina tiba-tiba.
Badrul mendongak mencari wajah Sabrina.
“Kenapa?" soalnya pendek.
“Tak ada apa-apa. Saja tanya."
“Bosan?"
Memanglah bosan kalau asyik kena kurung! hati
Sabrina menjerit geram.
“Tak adalah…." Akhirnya jawapan itu yang meniti
di bibir Sabrina.
“Sabarlah. Cukup dua minggu, kita baliklah. Balik
awal, nanti kena soal. Aku malas nak jawab."
Sabrina diam. Dua minggu. Dia menghitung
sendiri. “Maknanya, lagi tiga harilah?"
“Ya la kut. Aku pun tak kira."
Sabrina menongkat dagu. Nampaknya dia akan
dikurung di situ selama tiga hari lagi. Lama juga tu, fikirnya.
“Apa lagi kau fikir tu? Makanlah…."
“Kenapa tiba-tiba ajak saya makan kat luar?" soal
Sabrina lagi.
Badrul mengeluh panjang. Sudu dan garpu diletak
di atas pinggan. Makin dilayan, makin banyak pula soalan
gadis ini.
“Tolong diam boleh tak?" bentak Badrul geram.
“Okey! Saya diam," balas Sabrina kalut. Sebelum
arahan lebih keras keluar dari mulut Badrul, cepat-cepat dia
mencapai sudu dan garpu. Baru sahaja ingin menyuap nasi
goreng ke mulut, dia terpaku seketika. Tergamam melihat
wajah berang seorang gadis cantik yang memandang ke
arahnya.

“Awak… tu…" kata Sabrina tergagap-gagap.
“Apa lagi? Makan ajalah!" marah Badrul.
Sabrina terdiam. Cuma matanya terus memandang
gadis yang semakin menghampiri mereka.
“Apa semua ni?!"
Lantang suara itu bergema di belakang Badrul.
Membuat suapan Badrul terhenti tiba-tiba. Dia kenal suara
itu. Segera dia berpaling. Wajah Dayana merah menyala
memandangnya.
“Datang cari I konon! Betul ke you datang cari I?
Atau… sebenarnya you sedang honeymoon?"
“Yana. I can explain…."
“You nak explain apa lagi?"
Badrul menggelabah.
Dayana membuang pandang. Geram melihat
tingkah Badrul.
Sabrina pula terkebil-kebil menjadi pemerhati.
“Dengar penjelasan I dulu. Memang I datang sini
cari you. I tak tipu. Sumpah!"
“Apa-apalah, Bad! I dah tak heran dengan sumpah
you tu!" Dalam marah, Dayana berlalu.
Badrul bungkam di kerusi. Dia ingin mengejar
gadis itu, namun dia malu dengan pengunjung restoran yang
sedang menjeling ke arahnya. Lagaipun, sia-sia memujuk
Dayana saat ini.
“Kekasih awak ke?" soal Sabrina perlahan.
Badrul diam.
“No wonderlah awak nak sangat datang sini,"
tambah Sabrina lagi. Kali ini, juga dengan nada perlahan. Dia

sedikit berjauh hati. Tidak tahu kenapa, terasa seperti Badrul
sedang mempergunakannya saat ini.
“Yes! So what?"
“Kejarlah!"
“Ha?" Badrul bertanya pelik.
“Kejarlah kekasih awak tu. Awak explain la pada
dia."
Badrul memandang wajah selamba Sabrina. “Kau
tak kisah ke?"
“Kenapa saya nak kisah? Pergilah!"
“No point…" ujar Badrul lemah.
“No point?"
“Dia hot tempered. Tak guna pujuk kalau dia tengah
marah. Sia-sia aja. Better tunggu dia cool down sikit."
“Macam tu ke?"
“Haah…" jawab Badrul lambat-lambat.
“Awak... dia datang balik la…" bisik Sabrina sambil
matanya terarah pada Dayana.
“Hah?" Badrul berpaling. Dayana melangkah laju ke
arahnya. Jantungnya berdegup kencang.
“Yana… dengarlah dulu penjelasan I." Badrul
bersuara sebaik sahaja Dayana tiba di hadapannya.
Dayana tercegat sambil memandang wajah Badrul.
“I nak kahwin dengan you!"
Dayana berlalu pergi sebaik sahaja mengungkapkan
kata-kata tersebut. Meninggalkan Badrul dan Sabrina yang
terpinga-pinga.
“Hah? Apa dia cakap?"

“Dia cakap, dia nak kahwin dengan awak."
Laju Sabrina menjelaskan.
Hah? Dayana nak kahwin dengan aku? Betul ke? Dia
memandang wajah Sabrina. “Aku rasa, aku patut kejar dia
sekarang!"
“Cepat!" ujar Sabrina sepatah.
Untuk seketika, Badrul memandang wajah Sabrina.
Pantas tangannya mencapai jari-jemari gadis itu.
“Thanks!" Ucapnya perlahan.
Sabrina cuma membalas dengan sekuntum
senyuman yang sukar untuk ditafsirkan maknanya.
Cemburukah dia?

No comments:

Post a Comment